Microsoft Powerpoint (A-Z)
18 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam membuat slide dan peta minda. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft Powerpoint adalah software yang dapat memudahkan kerja seperti membuat pembentangan, slide atau peta minda. Selain itu, powerpoint dilengkapi oleh pelbagai tools seperti text art, image import, animation import, video import dan lain-lain yang akan membuat slide terlihat menarik.
Disamping itu, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan untuk menyenaraikan nama-nama Negara bermula dari huruf A hingga Z. Selain itu juga, mereka diberi bimbingan untuk menukar warna background atau design template tersebut untuk menjadikan hasil kerja lebih menarik dan cantik. Dengan adanya Microsoft Powerpoint, dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang dengan cepat kerana template yang sudah sedia ada. Akhir sekali, Microsoft powerpoint dapat membantu peserta dalam menghasilkan slide yang cantik, menarik dan lebih kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: